வெள்ளி, 22 ஜூலை, 2011

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH AWAL SEKOLAH
SJK (T) LDG TEMIANG RENCHONG, PAGOH.


A)  SEJARAH AWAL SEKOLAH

             SJK (T) Ladang Temiang Renchong ditubuhkan pada tahun 1946. Sekolah ini terletak di kawasan ladang yang terletak 36 km dari bandar Muar. Pada peringkat awal, En.R.Rattinasamy yang sebagai guru besar mengajar anak-anak pekerja ladang ini di sebuah rumah kecil di Temiang Renchong, yang muridnya sebanyak 30 orang.

B)  NAMA SEKOLAH
             Sekolah ini memperolehi namanya daripada nama ladang itu sendiri Temiang Renchong.


C)  NAMA – NAMA GURU BESAR DARI TAHUN 1946 -2009

1946 - 1947
En.R.Rattinasamy menjadi guru besar.

1948 – (National Type Primary School)
Di SJK (T) Ldg Temiang Renchong, ada tiga buah sekolah.

1949 – 1956
En.R.Jayamani menjadi guru besar.

1956 – 1981
En.M.Kumarappan menjadi guru besar.

1988 – 1989
En.M.Arumugam menjadi guru besar.


1989 -1994
En.T.Annamalai menjadi guru besar.

1994 – 2003
En.M.Thiruvengadam menjadi guru besar.

2003 - 2006
En.Nadesan menjadi guru besar.

10/2006- 9/2007
Pn.Krishnaveni menjadi guru besar.

2008 – 3/2008
En.Pannir selvam menjadi guru besar.

16/03/2008 sampai kini
Pn.V.Vigneswary menjadi guru besar sehingga kini.


D)  PERKEMBANGAN RINGKAS SEKOLAH
       Sekolah SJK (T) Ladang Temiang Renchong, 84600 Pagoh,Muar ini terletak di Ladang Temiang Renchong, Pagoh, Muar, Johor. Pada mulanya kelas Bahasa penghantar ( Bahasa Tamil ). Ini dijalankan di sebuah kuil iaitu antara tahun 1946 hingga 1949, dengan bilangan murid 27 hingga 30 orang. Bilangan guru ketika itu ialah seorang sahaja iaitu En.R.Ratnasamy sebagai Guru Besar.
              Atas desakan masyarakat dan penduduk berbilang.                Kaum di kawasan ini maka pengurus Ladang ketika itu telah mendirikan sebuah bangunan baru untuk murid – murid berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Kemudian En.R.Jayamany telah menjadi Guru Besar sehingga Tahun 1956.
             Pada tahun 1957 En.k.ponniah telah mengambil alih tugas En.R.jayamani sebagai guru Besar sehingga Tahun 1981.Dalam pentadbiran beliau bilangan murid bertambah dan bilangan guru meningkat menjadi 3 orang. Ini menunjukkan kemajuan sekolah meningkat.
            Pada pentadbiran beliaulah sekolah ini telah menjadi Sekolah Tamil yang mana murid – murid Melayu dan Cina telah berpindah ke sekolah lain. Ini bererti Sekolah National Type Primary bertukar menjadi SJK (T) Ldg Temiang Renchong,Pagoh,Muar ,Johor.Pada Tahun 1981 En.K.Ponniah telah bersara dari jawatan dan En.M.Kumarappan telah mengambil alih tempat beliau hingga 1988, bilangan guru ialah 5 orang termasuk Guru besar. Pada tahun 1988 En.M.Kumarappan telah bersara dari jawatan dan En.T.Annamalai dari SJK (T) Ldg Ban Heng,84600 Pagoh, Muar, Johor telah mengambil alih tempat beliau hingga kini.
           Pada tahun 1983 Sekolah ini telah mendapat sebuah bilik darjah tambahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam peruntukan bantuan modal sebanyak RM12000 (Dua belas ribu ringgit) Tahun 1994 bilangan guru ialah 5 orang termasuk Guru Besar.
             Pada tahun 1994, En.M.Tiruvengadam telah menjadi guru besar. Semasa itu, beliau rajin mencantikan dan menceriakan kawasan sekolah.
             Selepas itu, tahun 2003 En.Nadesan telah berkerja sebagai guru besar selama tiga tahun iaitu pada tahun 2006 beliau berpindah ke SJK (T) Ldg Nagappah.
             Pada tahun 2006, Pn.C.Krishnaveni telah dilantik sebagai guru besar di sekolah ini. Semasa beliau guru besar di sekolah ini kecerian sekolah bertambah baik. Walaupun beliau bertugas di sekolah ini dalam jangka masa yang singkat, sumbangan beliau di sekolah tidak ternilai.
              Pada tahun 2008, En.P.Pannir selvam telah dilantik sebagai guru besar di sekolah ini. Beliau dinaikkan pangkat dan berpindah ke SJK (T) Jalan sialang.
              Selepas beliau, Pn.V.Vigneswari telah dilantik pada 16 – 03 - 2008 sebagai Guru Besar di SJK (T) Ldg Temiang Renchong sampai sekarang.

        
PENGASAS SEKOLAH



       En.A.Solaimuthu seorang mandor di ladang ini dan mendirikan pondok di tepi kuil untuk mengajar anak-anak pekerja ladang ini.








GURU BESAR
Pn.Vigneswari a/p Veloo